Kisah di sebalik gambar
Gambar 1
Gambar yang di atas ini menunjukkan perlakuan yang
tidak beretika yang dilakukan oleh usahawan akan menyebabkan pencemaran air.
Hal ini kerana industri membuang berbagai macam polutan ke dalam air limbahnya
seperti logam berat, minyak, nutrien dan padatan. Air limbah tersebut memiliki
efek termal, terutama yang dikeluarkan oleh pembangkit listrik, yang dapat juga
mengurangi oksigen dalam air.
Pencemaran
air akan menjejaskan kehidupan akuatik. Sisa Perindustrian sering mengandungi
banyak sebatian toksik yang merosakkan kesihatan haiwan akuatik dan makanannya.
Selain itu, pencemaran air juga menjejaskan kesihatan manusia. Kehidupan laut
seperti ikan dan kerang yg ada didalam laut yg dimakan oleh manusia boleh
mengakibatkan penyakit berjangkit. Pembuangan sampah turut menyebabkan
pembiakan dan memberi masalah kepada air dan manusia kerana sumber makanan manusia terdiri daripada air.
Oleh
itu, langkah yang perlu dilakukan oleh usahawan bagi mengatasikan masalah
pencemaran air adalah melakukan proses rawatan loji kumbahan air. Kumbahan akan
melalui beberapa proses pembuangan bahan kimia untuk mengurangkan jumlah sisa
toksik. Selain itu, zarah pepejal dan bahan bukan organik dikeluarkan dengan
menggunakan penapis. Usahawan juga perlu menggunakan penapis biologi dan proses
yang secara semula jadi merendahkan bahan buangan organik..
Gambar 2
Gambar yang di atas ini menunjukkan perlakuan yang
tidak beretika yang dilakukan oleh usahawan akan menyebabkan pencemaran udara.
Hal ini kerana salah satu pencemaran udara iaitu pencemaran yang diakibatkan
oleh limbah industri kimia. Gas-gas CO, SO2, H2S, partikulat
padat dan partikulat cair yang di keluarkan dari asap industri. Bahan pencemar
yang dihasilkan oleh kegiatan industri zat kimia ini konsentrasinya relatif
lebih tinggi dibandingkan dengan yang sudah ada di udara, terjadi dalam jangka
waktu yang panjang sehingga dapat mengganggu sistem kesetimbangan dinamik di
udara dan dengan demikian dapat mengganggu kesejahteraan manusia dan lingkungan
sekitar industri.
Terdapat
banyak kesan buruk yang akan menimpa manusia jika langkah-langkah kawalan
segera tidak diambil untuk menangani pencemaran. Kesan utama pencemaran udara
adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit,
khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan
udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya
akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan
mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat
dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya
menyebabkan fungsi paruparu terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami
masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit.
Pencemaran
udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam
proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini
mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini
mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami
masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada
pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai
penyakit dan basil keluarannya akan terancam/
Oleh
itu, langkah yang perlu dilakukan oleh usahawan bagi mengatasikan masalah
pencemaran air adalah meninggikan serombong asap sehingga 30 meter dan meletak
penapis asap. Dengan ini asap yang dibebaskan telah dirawat. Pihak pengilang
yang engkar, boleh diambil tindakan undang-undang seperti denda dan penjara.
Gambar 3
Gambar yang di atas ini menunjukkan perlakuan yang
tidak beretika yang dilakukan oleh golongan profesional adalah golongan yang
lebih banyak terdedah dengan perlakuan tidak beretika atau jenayah kolar putih.
Ini kerana mereka terlibat dengan pelbagai keadaan dan orang pelbagai peringkat
dan pangkat. Secara realitinya lebih tinggi pangkat dan jawatan disandang, maka
lebih banyaklah cabaran dan dugaan yang perlu mereka hadapi. Kesimpulannya,
walaupun seorang profesional itu terikat dengan undang-undang dan kod etika
profesional, masih ramai di antara mereka yang melakukan amalan yang tidak
sihat ini. Perbuatan ini mungkin disebabkan masih ramia diantara mereka yang
memikirkan etika sebagai malaikat yang mengawal segala tindak tanduk mereka
dalam semua hal.
Persekitaran
juga turut mempengaruhi tindakan seseorang itu untuk melakukan perkara-perkara
yang tidak beretika. Ini dilakukan demi menjaga reputasi dan periuk nasi mereka
- walaupun mereka mengetahui apa yang mereka lakukan adalah salah disisi
undang-undang.
Perbuatan-perbuatan
yang tidak beretika adalah ibarat penyakit barah yang sekiranya tidak dirawat
akan memudaratkan seluruh anggota badan sehingga menyusahkan orang. Penyakit
ini hanya dapat diubati dengan perlaksanaan undang-undang yang ketat. Dalam
erti kata lain, pelaksana undang-undang juga tidak boleh bersekongkol dengan
mereka dan tindakan undang-undang yang dikenakan haruslah tidak 'memilih bulu'.
Selain
perlaksanaan undang-undang, kesedaran individu itu adalah sangat penting kerana
ianya dianggap sebagai perisai utama diri dari melakukan perkara-perkara yang
tidak beretika. Namun begitu, apa pun penyelewengan yang mereka lakukan adalah
salah dan bertentangan dengan agama, kod etika profesional dan undang-undang
serta norma-norma masyarakat amnya.