Tuesday 28 February 2017

Kisah di sebalik gambar


Gambar 1

    Gambar yang di atas ini menunjukkan perlakuan yang tidak beretika yang dilakukan oleh usahawan akan menyebabkan pencemaran air. Hal ini kerana industri membuang berbagai macam polutan ke dalam air limbahnya seperti logam berat, minyak, nutrien dan padatan. Air limbah tersebut memiliki efek termal, terutama yang dikeluarkan oleh pembangkit listrik, yang dapat juga mengurangi oksigen dalam air.
   Pencemaran air akan menjejaskan kehidupan akuatik. Sisa Perindustrian sering mengandungi banyak sebatian toksik yang merosakkan kesihatan haiwan akuatik dan makanannya. Selain itu, pencemaran air juga menjejaskan kesihatan manusia. Kehidupan laut seperti ikan dan kerang yg ada didalam laut yg dimakan oleh manusia boleh mengakibatkan penyakit berjangkit. Pembuangan sampah turut menyebabkan pembiakan dan memberi masalah kepada air dan manusia kerana sumber makanan manusia terdiri daripada air.
    Oleh itu, langkah yang perlu dilakukan oleh usahawan bagi mengatasikan masalah pencemaran air adalah melakukan proses rawatan loji kumbahan air. Kumbahan akan melalui beberapa proses pembuangan bahan kimia untuk mengurangkan jumlah sisa toksik. Selain itu, zarah pepejal dan bahan bukan organik dikeluarkan dengan menggunakan penapis. Usahawan juga perlu menggunakan penapis biologi dan proses yang secara semula jadi merendahkan bahan buangan organik..

Gambar 2

   Gambar yang di atas ini menunjukkan perlakuan yang tidak beretika yang dilakukan oleh usahawan akan menyebabkan pencemaran udara. Hal ini kerana salah satu pencemaran udara iaitu pencemaran yang diakibatkan oleh limbah industri kimia. Gas-gas CO, SO2, H2S, partikulat padat dan partikulat cair yang di keluarkan dari asap industri. Bahan pencemar yang dihasilkan oleh kegiatan industri zat kimia ini konsentrasinya relatif lebih tinggi dibandingkan dengan yang sudah ada di udara, terjadi dalam jangka waktu yang panjang sehingga dapat mengganggu sistem kesetimbangan dinamik di udara dan dengan demikian dapat mengganggu kesejahteraan manusia dan lingkungan sekitar industri.
Terdapat banyak kesan buruk yang akan menimpa manusia jika langkah-langkah kawalan segera tidak diambil untuk menangani pencemaran. Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paruparu terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit.
  Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan basil keluarannya akan terancam/
  Oleh itu, langkah yang perlu dilakukan oleh usahawan bagi mengatasikan masalah pencemaran air adalah meninggikan serombong asap sehingga 30 meter dan meletak penapis asap. Dengan ini asap yang dibebaskan telah dirawat. Pihak pengilang yang engkar, boleh diambil tindakan undang-undang seperti denda dan penjara.




Gambar 3

    Gambar yang di atas ini menunjukkan perlakuan yang tidak beretika yang dilakukan oleh golongan profesional adalah golongan yang lebih banyak terdedah dengan perlakuan tidak beretika atau jenayah kolar putih. Ini kerana mereka terlibat dengan pelbagai keadaan dan orang pelbagai peringkat dan pangkat. Secara realitinya lebih tinggi pangkat dan jawatan disandang, maka lebih banyaklah cabaran dan dugaan yang perlu mereka hadapi. Kesimpulannya, walaupun seorang profesional itu terikat dengan undang-undang dan kod etika profesional, masih ramai di antara mereka yang melakukan amalan yang tidak sihat ini. Perbuatan ini mungkin disebabkan masih ramia diantara mereka yang memikirkan etika sebagai malaikat yang mengawal segala tindak tanduk mereka dalam semua hal.
            Persekitaran juga turut mempengaruhi tindakan seseorang itu untuk melakukan perkara-perkara yang tidak beretika. Ini dilakukan demi menjaga reputasi dan periuk nasi mereka - walaupun mereka mengetahui apa yang mereka lakukan adalah salah disisi undang-undang.
            Perbuatan-perbuatan yang tidak beretika adalah ibarat penyakit barah yang sekiranya tidak dirawat akan memudaratkan seluruh anggota badan sehingga menyusahkan orang. Penyakit ini hanya dapat diubati dengan perlaksanaan undang-undang yang ketat. Dalam erti kata lain, pelaksana undang-undang juga tidak boleh bersekongkol dengan mereka dan tindakan undang-undang yang dikenakan haruslah tidak 'memilih bulu'.
            Selain perlaksanaan undang-undang, kesedaran individu itu adalah sangat penting kerana ianya dianggap sebagai perisai utama diri dari melakukan perkara-perkara yang tidak beretika. Namun begitu, apa pun penyelewengan yang mereka lakukan adalah salah dan bertentangan dengan agama, kod etika profesional dan undang-undang serta norma-norma masyarakat amnya.

No comments:

Post a Comment