Friday 24 February 2017

Pengenalan kepada keusahawanan

Menurut Histrich dan Peter (1988), keusahawanan adalah suatu proses dinamik untuk mencipta kekayaan. Kekayaan dicipta oleh individu yang menanggung risiko besar di dalam ‘equity’, masa dan komitmen kerjaya atau menyediakan nilai untuk sesuatu produk atau perkhidmatan. Ia adalah proses mencipta sesuatu yang baru dengan mengambil kira masa dan usaha dengan mengambil kira risiko kewangan, psikologi dan sosial. Dan menerima manfaat dari segi kewangan, kepuasan peribadi dan kebebasan.

Apakah Keusahawanan?

Keusahawanan adalah ciri-ciri yang dimiliki oleh seseorang yang berusaha mengenalpasti sesuatu peluang perniagaan dan berusaha merebut peluang itu.


Apakah Usahawan?

Usahawan boleh ditakrifkan sebagai individu yangmengusahakan perniagaan sehingga mendapat keuntungan dan mempunyai amalan strategic untuk terus berjaya.


Apakah Perniagaan?

Perniagaan ialah kegiatan membeli dan menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan.


Apakah Peniaga?

Peniaga adalah seseorang yang melibatkan diri dalam kegiatan jual beli atau memberi perkhidmatan kepada orang lain dengan tujuan mendapatkan keuntungan.


Perbezaan di antara peniaga dan usahawan


Usahawan
Peniaga
1. Membeli barang-barang dan memprosesnya untuk dijual
1. Membeli pada harga yang rendah kemudian menjual pada harga yang lebih tinggi.
2. Mementingkan keuntungan disamping memberi sumbangan kepada masyarakat dan Negara
2. Mementingkan keuntungan semata-mata
3. Sentiasa berusaha untuk memajukan perniagaannya
3. peniaga hanya menjalankan kegiatan jual dan beli sahaja.



No comments:

Post a Comment